Tuesday 17 January 2012

Penyabar VS Tak Penyabar

Penyabar

Orang penyabar ni memang sangat baik dimana dia dapat bersabar dalam banyak hal yang berlaku keatasnya tapi ingat! Seorang yang penyabar tidak semestinya dia tidak mempunyai rasa marah. Setelah aku meneliti dari pemerhatian dan cerita-cerita dari rakan sekeliling, rata-rata mengatakan mereka tidak suka seseorang yang tidak penyabar dan cepat meradang dan mereka lebih mengemari seseorang yang dapat bersabar dan seseorang yang menghemburkan kemarahannya tanpa kawalan. Ciri-ciri orang yang pendiam dan penyabar antaranya adalah:

-         Diam apabila dia dalam keadaan marah dan memendam di dalam hati serta mengawal kemarahannya.
-         Riak wajahnya kelihatan tenang walaupun dalam keadaan yang tegang.
-         Seseorang yang tenang dalam mengharungi liku-liku kehidupan walaupun beliau dalam keadaan yang agak darurat.
-         Tidak banyak menceritakan masalahnya dan lebih banyak memendamnya.
-         Rahsianya akan terbongkar apabila terlalu banyak memendam perasaan dan secara tidak langsung beliau akan meluahkan kepada orang yang penting dan dipercayainya.
-         Seseorang yang lebih tenang hidupnya dimana beliau dapat menagani masalah dengan tenang.
-         Berasa tenang bersamanya dimana dia dapat bergaul dengan baik dan selesa bersamanya.
-         Jangan terkejut dan tergamam sekiranya suatu hari nanti anda melihat orang yang penyabar ini meradang, mengamuk, marah dan hilang kawalan kerana beliau tidak dapat mengawal kemarahannya dan beliau tidak dapat bersabar sudah. “sabar pun ada batasnya”

-         Bersambung...