Monday 16 April 2012

Buat Baik Berpada-Pada

Buat baik berpada-pada... pernah dengar tak pepatah ni???

           Bila aku fikir balik pepatah ni...ada betul dia... biasala...mcm biasa...aku akan bercerita mengenai pengalaman aku sendiri...tp tak tahu la betul ke tak apa yang aku lalui... benda tu dah terjadi dekat aku sekarang...bukan mnggu lepas, bukan bulan lepas bukan tahun lepas dan seterusnya...TAKKKK!!! ianya berlaku sekarang... dan aku sedang laluinya dengan penuh kesabaran...aisehhh... padahal dah nak memberontak dah jiwa dan raga ni...

           Niat awal-awal memang ikhlas nak tolong memandangkan aku pun tak ada kerja nak buat... bak kata orang...hulurkan tangan ringankan beban... PTUIHHHHHH!!! orang yang ditolong tu pon kena la faham bahasa sama...xkn la org nak tolong tiap masa...dia pon ada kerja nak buat...orang yang bagi bantuan kena kerah jadi mcm bibik dia pulak... 

           Aku nak bagi nasihat la kan...
  • pertama sekali, jangan nak bergantung harap sangat kat orang lain sebab sampai bila kita nak bergantung harap kat orang lain. kita kena la berdiri sendiri. semua orang ada kesusahan masing-masing.
  • yang baik yang bagi pertolongan, berpada-pada lah. berbuat baik kepada orang lain jangan sampai diri sendiri sengsara. berbuat baik ada batasnya...
  • tengoklah keadaan diri terlebih dahulu sebelum menolong orang lain...
  • jangan pernah merasa menyesal jika anda pernah merasa kebaikan anda dipergunakan hingga tidak mahu melakukan kebaikan lagi...
  • dan ada lagi nasihat tapi kepala otak aku tak dapat berfungsi dengan baik sekarang... agak stress... :'(
             Ingat...! aku menulis berdasarkan pengalaman diri aku...jangan ambik 100% dan fikir-fikirkan dengan kepala otak hampa bai buruk betul salah apa yang aku tulis ni...ok... :)

Saturday 14 April 2012

Luahan Hati...

Ya  Allah ... kemanakah perginya semangatku yang dulu yang berkobar-kobar untuk belajar...
kemanakah perginya semua semangat itu. Adakah kerana hambamu ini yang pemalas dan tidak mahu berusaha untuk mencari ilmu ATAU hambamu ini memang sudah tidak mempunyai minat untuk belajar lagi kerana pembelajaran pada masa kini hanya lah sekadar untuk lulus peperiksaan... adakah itu puncanya? ATAU hambamu ini memang tidak suka belajar  sesuatu perkara secara teori tetapi lebih minat dan bersemangat belajar sesuatu melalui pengalaman dan praktikal... Adakah kerana sebab-sebab ini Ya  Allah ... 

Ya Allah... berilah aku kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan berilah aku dapat mengharunginya dengan selamat dan berjaya... Berilah aku berjaya dalam segala bidang yang baik yakni yang tidak melanggari segala hukum-hukum yang telah Engkau tetapkan keatas hamba-hamba-Mu yang akan ku ceburi Ya Allah... Murahkan lah rezekiku, rezeki kedua ibu bapa ku, ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat... 

Ya Allah... berilah aku kekuatan, kesabaran dan tidak mudah berputus asa untuk berjaya dalam hidup ku ini Ya Allah... Engkau berilah aku petunjuk untuk berjaya dalam hidup ini... berilah apa yang dirancang untuk masa depan berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat diatasi dengan baik dan tenang...

-Belajar ATAU Kerja-
-Makan Gaji ATAU Buat Duit-