Thursday 22 December 2011

The Power Of Cigarette



Entry kali ni aku nak cerita pasal rokok la. Sebernarnya 2-3 minggu ni aku asyik teringin nak cuba isap rokok. Dah lama dah. Tapi aku pendam dan xnak cuba sebab aku tau rokok ni blh buat kita ketagih... Aku pon x tau kenapa aku rasa nakkk sangat cuba rokok... sebab aku tension kah? Atau sebab aku just nak cuba? Atau aku memang mengada-ngada nak cuba? Setelah lama aku berfikir, aku bermuhasabah diri memikirkan tentang perangai aku yang semakin hari semakin pelik dan semakin berubah dan rasanya seperti aku bukan lagi cokok yang dulu...

         Rokok ni orang cakap ibarat bakar duit, sebabnya kita beli lpas tu kita bakar dan kita isap dan hasilnya adalah asap. Beli + Bakar + Isap = Asap... Sebab tu aku tak minat nak merokok, sebabnya isap rokok xmemberikan apa-apa faedah tetapi hanya pembaziran...pembaziran wang semata-mata... bagi mereka yang merokok, ini pula kata mereka :
  • Merokok ni dapat menghalau nyamuk...
  • Dapat lepaskan tension...
  • Dapat memudahkan kerja-kerja pembuangan hajat besarrr~ (tak tahu la mcm mana tu)
  • Dapat menjadi peneman dikala melakukan kerja-kerja seperti berkebun serta dapat memberikan kesegaran kepada mereka...
  • Menjadi ubat penyegar mata dikala subuh dingin, mata yang kuyu menjadi segar setelah dapat mengisap rokok...
  • Membantu memanaskan badan semasa keadaan sejuk...
  • Sangat-sangat diperlukan ketika selepas makan kononnya kalau tak isap lepas makan x lengkap hidup mereka...(alasannn~ haha)

Disebabkan alasan-alasan diatas pon aku rasa antara penyebab aku nak cuba isap rokok sebab nak tahu kebenarannya... tapi rasanya dalam list diatas, mesti banyak dustanya...haha... ntah la...aku pon tak tahu... sudah try baru tahu... dan harap-harap janganlah kita semua merokok ye... yang dah merokok pon harap-harap dapat la berhenti... ok~ 

Monday 19 December 2011

Meneutralkan tension??? How?

Semenjak dua menjak ni aku rasa mcm ada ja yang x kena dengan diri aku... mcm ada benda yang sangat membebankan dalam kepala otak-otak(otak kanan dengan otak kiri = otak-otak) aku ni... Antara cara aku meneutralkan tension/stress aku tak pun aku nak lupakan masalah aku adalah :

  • Menjerit, melalak, atau apa-apa cara yang menghasilkan volume suara yang kuat hingga urat-urat di kepala dan dahi timbul-timbul dan mengakibatkan kebisingan yang terlampau (ayat agak hiperbola). Antara ayat yang selalu keluar adalah :

- benggonggg~~~!!!,
- bangganggg~~~!!!,
- ramli~~~!!! (bukan nama sebenar dan pangil member makan sama-sama),
- fakriiii~~!!! (pun bukan nama sebenar, motif sebab kejut bangun pagi dgn pi kelas),
- arghhhhhhhh~~~!!! (selalu guna yang ni), dan banyak lagi la... lepas melalak ni dapat la lepaskan stress skit sebab masa menjerit tu dalam kepala otak-otak ni seketika tidak memikirkan masalah...

  • Selain menjerit, aku suka jugak lepaskan stress dan nak lupakan masalah seketika dengan buat kerja-kerja “part time”, sebagai contoh aku pi harvest ladang mak bapak laki tiri nenek moyang sapa ntah yang ada dekat dalam U aku ni... bukan apa, klu aku x harvest, nanti haiwan-haiwan yang nakal-nakal macam aku pulak yang bedal. Dari makhluk-makhluk tu bedal, baik aku bedal...xgitu...(alasan mau style)...


  • Aku ni banggang jugak la. Bodo pon ada jugak... Cuma x banyak la...( =,=’ ) kadang datang angin bodo banggang aku ni, aku main lepas ja geram marah aku bila dah x blh nak kawal marah... Selalunya aku jado diam, tak berapa bercakap, muka ketat macam seluar fit, lepas tu kira nak maki orang dengan duduk dalam bilik mengamuk sorang-sorang tumbuk apa yang aku boleh tumbuk macam almari tu selalu la jadi mangsa aku, meja, papan note yang kita tampal-tampal jadual ke apa, dengan pintu... Kesian kat depa ni semua, haram x buat apa-apa kesalahan, tapi depa menjadi mangsa... (mintak maaf pintu, meja, almari, papan note dan lain-lain...huhu)... Hasil dari cara ni, pertama sekali anda akan merasa sakit di bahagian tangan dan kadang-kadang boleh nampak la kesan lebam, bengkak kat tangan dan kesudahannya, stress dan masalah dilupakan seketika kerana sakit dan geram dapat dilepaskan... (p/s : don’t try this at home)...


  • Cara yang berkesan la setakat ni, bagi aku la, dengan bermain rugby... Serius bak hanggg~ bab tu aku yang kemetot ni main rugby, sebab bagi aku rugby dapat kurangkan stress aku... Mana x nya, tackle orang x kira besaq kecik... Sakit memang sakit, tapi best!!! Rugby is the best!!!


  • Tengok cerita lawak macam maharaja lawak pun dapat kurangkan stress aku. Tapi aku selalu guna teknik ni time aku duk boleh kawal lagi la... belum jadi Dr. Jekyll & Mr. Hyde lagi la...


  • Kadang aku suka jugak hempas-hempas barang, lempar-lempar barang sekuat hati(habis riang bak kata orang kedah) baling habih riang la crita dia sambil menjerit arghhhhh~~~!!! Tapi teknik ni sesuai bila barang yang dilempar tu barang yang tak berapa berharga la... macam iPhone4 ka... Samsung Galaxy S2 ka... tp kompem la barang tu memang akan dilempar buat kali kedua kedalam tong sampah pulak...Kompem! haha...


  • Cara yang ni jarang berlaku bak kata nujum yang dalam cerita nujum pak belalang tu “ kaddang-kaddang” dimana cara ni aku lepaskan amukan aku dengan cara mengemas, membasuh dan lain-lain kerja yang bermanfaat...haha... akhirnya ada jugak cara nak lepaskan marah yang bermanfaat...


  • Cara yang ni pulak kadang-kadang dapat menyakitkan hati orang. Caranya adalah dengan mendengar lagu mengunakan earfon dan menyanyi sesuka hati sesumbang mungkin asal dapat lupakan masalah...aku baru ja apply cara ni... hilang terus sakit kepala aku...hahaha... tp aku syorkan buat dalam bilik la sebab nanti tak pasal-pasal kena boo~ suara “merdu” la katakan~


  • Cara ni aku x pernah cuba cuma hampir-hampir la... Cara ni memerlukan modal sikit... Dimana duit diperlukan untuk membeli barang-barang “fogging mulut” seperti Dunhill, Marlboro dan lain-lain lagi... Setelah disoal selidik, ramai penggemar “fogging mulut” menyatakan bahawa cara ini sangat berkesan... selain itu, cara ini menghasilkan multifunction dimana anda dapat melepaskan tension sambil menghalau nyamuk(aku rasa bkn nyamuk ja, sekali dengan aku terhalau)...


  • Cara ni pulak aku rasa spatutnya aku listkan dia dekat list first tapi memandangkan aku ni bukannya baik sangat, dan selepas bermuhasabah, aku rasa aku semakin tak baik sangat-sangat(ada 2x sangat) dan aku tak berapa amalkan cara ni, jadi aku harap x da masalah kot aku listkan kt bawah. Cara ni adalah dengan mengambil wudhu’ atau wuduk. Kalau tak, cuba buat solat sunat ka... Alang-alang dah ada wudhu kan... Serius dapat menenangkan hati. Tapi aku tak tau la awat aku jarang buat cara ni. Mungkin sebab aku ni mengamuk men lepas ka atau ada sebab lain(seperti bengap, bangang dll)...


Aku rasa cukup kot aku listkan cara nak lepaskan stress, tension, geram dan lain-lain lagi untuk entry kali ni... Tapi ingat, yang baik kita ikut, yang tak baik jangan kita ikut... Disebabkan aku ni x "berapa" baik orangnya, jadi cara lepas tension aku pon x "berapa" baik jugak la dan jangan nak ikut pulak! Paham!!! Ada cara baru... Sila lihat gambar di bawah...


Friday 2 December 2011

KAWAN YANG BAIK VS KAWAN YANG NAKAL

Harini aku nk cerita pasal perbezaan berkawan dengan kawan yang baik-baik dan pandai-pandai dan kawan yang rock-rock, otai-otai, nakal-nakal dan mereng-mereng... hampa smua tau x perbezaan antara dua kategori ni??? Aku nak cerita sikit la kat hampa semua perbezaan antara dua kategori ni setakat mana yang aku tau ja la noh... mai rapat sikit tngok list kt bawah ni...

Kawan yang baik dan pandai
  • ·      Kawan nerd, baik, pandai dan lain-lain lagi yang sama waktu dengannya sangat mementingkan kesempurnaan dimana bagi yang berkenalan dengan mereka-mereka ini di zaman Universiti, mereka-mereka ini mementingkan kesempurnaan dimana report mau baik punya. Kalau boleh nak full mark selalu. Begitu juga kepada kerja presentation dan tugasan lain. (kebanyakannya lah)
  • ·       Agak cerewet dalam hal-hal pembelajaran seperti dalam pemilihan ahli kumpulan bagi sesuatu subjek.
  • ·       Kebanyakannya agak mementingkan diri. Sebagai contoh pentingkan diri apabila mendapat info-info terbaru dan terbaik seperti spot soalan test dan lain-lain dan tidak memberitahu kawan-kawan yang lain.
  • ·       Tidak membenarkan membe membe “check spelling” report dan tugasan-tugasan yang telah dia lakukan dan akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelak seboleh-bolehnya daripada membe-membe melihat report atau tugasannya.
  • ·   Kebanyakan daripada mereka kekurangan sifat prihatin di dalam diri dimana mereka ini tidak prihatin kepada keadaan sekeliling mereka.
  • ·      Lebih suka meluangkan masa berborak dan berceloteh bersama buku-buku dan nota-nota berbanding bersama rakan-rakan.
  • ·        Kebanyakannya kedekut ilmu dan kebanyakannya suka study sendiri berbanding study bersama membe-membe.
  • ·        Suka memperlekehkan orang yang kurang bijak dan budak-budak nakal.
  • ·    Selalu merasakan diri mereka selalu betul dan tidak sedar akan kesalahan diri sendiri.
  • ·        Sangat tidak enjoy bersama mereka. LOL...
  • ·         Akan mendapat hypertension apabila satu group bersama mereka.
  • ·         Kebanyakannya hanya hebat dalam teori dan fakta.


Kawan yang nakal dan AGAK benggong...lol... :D
  • ·         Mereka selalu riang dan gembira.
  • ·         Tidak cerewet dalam memilih ahli kumpulan.
  • ·         Tidak kesah mengenai markah report dan menerima seadanya.
  • ·         Susah senang, pahit manis, suka dan duka bersama-sama.
  • ·      Prihatin terhadap membe-membe dan dengan senang hati mahu menghulurkan bantuan. (bukan semua la. Ini berdasarkan apa yang aku lalui)
  • ·        Mempunyai banyak kenangan manis yang sukar dilupakan bersama-sama mereka.
  • ·   Memang malas belajar... x dapat dinafikan... sama la macam aku ni... malas belajar... :D
  • ·      Jarang tension dan kebiasaannya mereka ini happy go lucky dan boleh dikatakan selalu enjoy.
  • ·         Lecturer akan selalu "MARK" mereka-mereka ini...haha
  • ·       Jarang serius dalam banyak hal... tetapi sekali serius, memang betul-betul serius.
  • ·         Tidak berkira tenaga...
  • ·         Mementingkan persahabatan...
  • ·         Menerima baik buruk membe-membe...
  • ·         Memang malas pi kelas...haha... aku pon 2x5 jugak la...haha
  • · Suka mengusik kawan-kawan lain. Kira macam suka pekena orang la...sabotaj...haha...
  • ·        Boleh buat report bersama-sama sambil bertukar-tukar idea walaupon idea yang diberikan kebanyakannya TIDAK BOLEH PAKAI.... hahahahahaha...!!!
  • ·         Sentiasa roger membe-membe tak kira cuti atau x...


Rasanya cukup la kot aku listkan perbezaan antara dua jenis kategori ni. Tapi ingat, semua list ni bukannya betul sangat pon. Sebab aku tulis perbezaan ni berdasarkan dari pandangan dan pengalaman hidup aku. Kadang pandangan setiap manusia berbeza-beza dan pengalaman mereka juga berbeza-beza. Jadi yang mana hampa rasa point-point aku list berguna, maka berguna lah ia. Sekiranya tidak, maka tidak berguna la jadinya...haha... sekian... (habis merapu dah) :D