Wednesday 23 November 2011

KAWAN SEJATI VS KAWAN SETAHI... (last part)

semenjak dua menajak ni, aku selalu tepikir pasal ni...semua pasal kawan-kawan... dulu aku ada la kawan yang mana dulu blh makan sekali, masak sama-sama, keluar sama-sama... tapi sekarang, dah macam haram dah... berdasarkan apa yang telah terjadi dkt aku la aku tulis semua ni....tapi tak tau la blh pakai x ap yang aku tulis ni...paham2 ja la...lain orang lain asam garamnya... untuk semester ni, banyak kejutan dan banyak perkara yang menyakitkan hati sebab

  • sebelum aku sampai bintulu, belum lagi naik flight, kawan yang x pernah-pernah kol aku tiba-tiba kol aku banyak kali...dah la banyak kali, non-stop pulak tu....x habis dengan kol, msg pulak...
  • orang yang masa praktikal aku kol punya susah nak angkat padahal aku kol bukan nk mintak duit/bayar hutang ka apa, bukan kol nak mintak pertolongan daripada dia, tapi kol semata-mata untuk bertanyakan khabar... berapa banyak kali aku kol, x pernah angkat... sampai 1 hari tu mungkin dia dah benggang tngok kt fon asyik naik nama aku, dia pon angkat tapi x dpt nk tanya khabar, tnya anak macam mana, tapi baru nak tanya khabar, dia dh cakap "aku bz sikit la....nanti aku kol balik..." punya lama aku tunggu dia nk kol balik, x kol2 pon...smpai janggut aku ni blh buat 3-4 kali bertahallul mcm orang p buat haji la....jangan cakap janggut, misai bulu ketiak pon sama!!! nk ckp lama x lama aku tnggu...tapi aku tak angkt sbb time tu aku tngah drive kt KL... rupa-rupanya kol sebab nak ambik aku masuk dalam group ladang dia...group ladang ja dia cari aku???! agak terasa la...eh...bukan agak...sangat-sangat memang terasa!!! bila perlukan aku baru nak cari aku...tapi group lain x pulak dia cari aku...tp bagus jgak la...buat apa group dgn org mcm tu...aku x perlukan orang macam tu dalam hidup aku....!!!
  • yang kol aku pulak masa aku drive kt KL tu bkn sorang... tapi semua kawan setahi aku... semua nak tarik aku masuk group ladang...
  • kejutan yang seterusnya, rupa-rupanya kawan setahi ni tarik lagi aku masuk dalam group reka cipta...perghhh!!! ternyata depa nakkan tenaga aku bukan buah pikiran aku...tp aku telah dapat melarikan diri...
  • sampai aku kat U, tau2 orang pertama yang menyambut aku dengan kawan aku aiman adalah kawan setahi aku tu...perghhhh.... dalam hati ni rasa menyampah gila...kenapa la dalam ramai-ramai depa jgak yang smbut....huh!
  • dah la tu...depa yang setahi ni pilih aku untuk jadi ketua untuk ladang ayam... memang betul-betul SETAHI la depa ni!!!
sekarang ni engkau buat hal engkau, aku buat hal aku.... masalah kau sendiri tau laaa~ aku pnya msalah aku pnya tau... jangan nak sibuk hal aku dah...dulu boleh masak sekali ka, makan sekali ka, keluar sekali ka, sekarang pndai-pandai la bawak diri masing-masing...sekarang ni be professional ja masa kerja-kerja ladang...sembang mau kemas geng setahi ni...kita kena siapkan batas kita dalam masa mingu ni la ap la....ladang x turun2...aku turun ladang p buat batas, aku sorang-sorang ja....haram sngoh....tp bagus jgak sbb aku pon mnyampah nk buat kerja dengan depa ni...

setakat ni dah la aku cerita/luah apa yang terpendam dalam hati aku ni pasal kawan setahi aku ni....
so... BE CAREFUL...!!!

Thursday 10 November 2011

Kawan Sejati VS Kawan Setahi... (sambungan)

         Sambungan untuk post yang lepas adalah mengenai cara-cara untuk mengenali dan mengetahui cara-cara sama ada kawan hampa tu kawan sejati ka kawan setahi...untuk mengetahuinya....sila lihat list di bawah... :D

  • Cara pertama adalah dengan cara bermusafir bersama-sama dengan kawan hampa tersebut selama 3 hari sekurang-kurangnya. Ini kerana dengan cara ni, hampa dapat tau perangai sebenar yang terselindung di dalam hati dia dan dalam tempoh masa bermusafir ni, segala-galanya bakal terbongkar... ;D credit tu Nor Hasniza Zulkepli...
  • Cara kedua adalah dengan cara tinggal serumah dengannya... Hampa nak tau sebab apa hampa akan tahu kawan hampa tu sejati atau setahi? Sebab bila kita tinggal serumah, segala perangai sebenar akan berlaku secara sengaja atau tidak sengaja... Dan anda akan dapat mengetahui keperihatinannya dan segala-galanya apabila duduk sebumbung dengannya... kalau tiap-tiap hari hampa ja yang duk kat dapoq p masaq dia tunggu nak lahap ja pas tu chow p buat kerja masing2....maka dia adalah kawan SETAHI!!! Sebab apa...sebab kawan sejati dia perihatin bertnggungjawab dan banyak lagi la perangai murni dimana dia x boleh tengok kawan-kawan dia susah dan sanggup susah bersama-sama...
  • Cara ketiga adalah cara yang sukar diperolehi sebab cara ni, hampa blh dapat julung-julung kali ja dimana hampa jaga dia time dia sakit... sebab apa dengan cara ni kita dapat tau... sebab masa tu la kita dapat tau yang dia bersyukur tak dapat kawan macam kita ni yang sanggu jaga dia masa dia sakit... kalau lepas dia sihat dah boleh pi main bola lari-lari semua pas tu dia x ucap terima kasih dan lagi teruk buat x tau ja dengan kita...kesimpulannya, dia bukanlah kawan sejati... tapi setahi...!!!
  • Cara ke -4 pulak kita kena buat experiment sikit...aisehhh... macam CSI pulak... bkn experiment apa pon... hampa perhati ja dia... kadang aku pon x percara cara ni...tapi setelah terjadi di batang hidung sendiri...baru la aku percaya... hampa akan tau dia sejati atau setahi dimana bila hampa senang dia akan selalu berdamping dengan hampa, tapi bila hampa susah, batang hidung sekali dengan tuan-tuan dia haram xnmpak...lesap pas mana pon xtau la...lebih kurang macam invisible man la crita dia...xpon lebih kurang mcm jumper la...time kita senang dia jumper mai kat kita, bila kita susah, dia jumper p kat orang len...cerdik dia... sama la time dia susah...dia susah dia cari kita la ...time dia senang, dia hamsap lesap p mana pon xtau...kita dia buat dekkk ja... ni la kawan setahi...
  • Cara ke-5... cara ni aku dah pernah rasa... dimana kita dapat tau kawan kita ni sejati ka setahi... pernah masa aku susah dulu, mmg sangat2 perlukan bantuan la crita dia, tapi kawan yang dulu boleh lepak p makan kat luaq siap p jalan-jalan la sekali yang orang cakap memang rapat la sampai diibaratkan macam 1 family ni HARAMMM x tolong... buat dekkk la... hilang pas mana la... bagi macam-macam alasan la nak mengelak... tapi aku bersyukur gila-gila lepas tu sebab ak dapat kawan yang betul-betul kawan sejati yang susah senang dia tetap dengan kita... Aku betul-betul bersyukur sebab dapat kawan macam depa ( daud, aiman, bonet, khai, musq, ijad, nayin, keri ) sebab time aku susah tu la depa yang datang tolong aku walaupon x kawan rapat...masa susah, depa ni la yang bantu aku... kawan lama??? PUIIII.... x blh pakai.... terharu gila dapat kawan macam depa ni...walaupon depa ni nakal-nakal dan ada yang cakap depa ni perangai teruk, tapi sapa yang kawan dengan depa ni, perghhh... tobat akan rasa terharu... dengan depa la aku dapat rasa berkongsi makanan, duit, bantal, baju, kerja dan macam-macam lagi sama-sama... susah senang bersama... 1 tin sardin kecik boleh kongsi makan untuk 7 orang...makan ubi kayu sama-sama...hahaha... sangat menyeronokkan...!!! :D
  • Cara ke-6... cara ke enam pulak adalah cara dimana hampa la pulak pikir macam mana nak identify mana kawan sejati mana kawan setahi...hahaha... ak dah penat pikir... klu ada lagi nanti aku sambung... :DD 
(bersambung...)

Tuesday 8 November 2011

Kawan Sejati VS Kawan Setahi...

Tetiba first entry rasa nak cerita pasal kawan memandangkan semua orang ada  kawan. Ada kawan dari sek rendah, ada sek menengah dan ada yang berkenalan secara kebetulan atau dibetulkan... Kawan kawan jugak, tapi bukan semua kawan boleh dijadikan kawan sehidup semati yang sejati yang sanggup susah senang bersama. Setelah aku perhati dan berdasarkan dari pengalaman aku sendiri, aku rasa kalau kita nak berkawan, berkawan la sebanyak dan seramai mungkin dan pada masa yang sama, berhati-hatilah semasa berkawan kerana ada kawan yang benar-benar nak berkawan dengan kita, ada jugak kawan yang ada niat lain untuk berkawan dengan kita sebagai contoh berkawan kerana duit, kerana kepentingan tertentu. Aku nk bg la tips2 nak tau mana satu kawan sejati mana satu kawan setahi...

Kawan Sejati



  • kawan yang bersama kita susah dan senang...
  • sanggup bekongsi wang dan masa bersama-sama...
  • membantu kawan-kawan semasa susah...
  • menjadi pendengar setia...
  • cuba untuk memberi bantuan apabila melihat kawan didalam kesusahan...
  • sanggup bersusah payah memerah otak membantu kawan-kawan yang kebuntuan idea untuk menyelesaikan masalah...
  • memahami kawan-kawan...
  • sentiasa mengingati kawan walaupun lama tidak berjumpa dan lama tidak berhubung(masej @ call & dll)...
  • menasihat kawan-kawan apabila kawan-kawan membuat perkara yang tidak baik dan tidak membiarkan kawan-kawan terbiar dan terus rosak...
  • sanggup berkongsi makanan bersama kawan-kawan walaupon makanan tersebut hanya sedikit...
  • kawan-kawan yang sanggup bersama-sama membuat kerja-kerja gila... (hahaha... aku pernah buat benda yang kamekaze dgn mmbe aku...mmg best! hahaha...credit to A dgn D)
  • sanggup berkongsi info-info yang ada bersama kawan-kawan...
  • kawan yang sanggup bekorban apabila terkantoi apa2 kesalahan yang telah MEREKA lakukan dan menanggung akibatnya SEORANG...dan kawan yang sejati kawan yang sanggup sama-sama mengaku kesalahan mereka walaupon dia tak kantoi lagi dan bersama-sama kawannya menerima hukuman...(susah ooo nak cari kawan macam ni...aku pon baru jumpa kawan yang macam ni...bersyukur sangat2)
  • sanggup memberi kawan-kawan meniru jawapan sendiri dan membantu kawan-kawan semasa exam...hahahahaha.... bak kata pepatah... bersatu teguh bercerai roboh...kawan yang macam ni bagus sebab sanggup sama-sama berjaya dengan kawan-kawan yang lain...LOL...hahaha... :D
Jadi carilah kawan yang mcm ni untuk kebahagiaan anda....hahahaha... (p/s: ada yang boleh pakai ada yang tak boleh pakai tips-tips kat blog aku ni...)


Kawan Setahi 



Kawan setahi pula kalau nak kenal pasti senang ja... kalau hampa kawan dengan depa ni, perhati perangai depa... banyak dah yang aku jumpa kawan setahi ni...antaranya :

  • apabila makhluk Tuhan tersebut dalam kesusahan, dia akan mencari kita dan meminta bantuan dari kita...
  • apabila kita sedang senang muka-muka mereka kerap kali kelihatan hingga naik menyampah dilihat...
  • apabila dia mempunyai hajat terhadap kita, dia akan mendampingi kita seolah-olah sanggup bersusah senang bersama-sama kita... Puiiiiii laaa.... orang yang macam ni...
  • tetiba tengok telefon keluar nama dia call kita pas tu buat-buat tanya khabar dan terus meminta bantuan...cuba la tolong orang-orang yang macam ni...lapas tu hampa try kol depa ni pulak mintak tolong... klu depa tolong tu memang kawan sejati la...
  • kawan yang kedekut harta benda dengan kita sedangkan barang-barang kita dia bedal ikut suka suki mak bapak dia ja...
  • kawan yang kedekut ilmu dan kedekut idea dengan kawan-kawan yang lain...
  • kawan yang depan macam bidadari belakang dia macam syaitan... depan kita pijak semut tak mati belakang kita tikam pakai senapang yang ada pisau sekali dengan tembak-tembak lagi kutuk segala...hipokrit...!!!
  • kawan yang time susah dia susah yang teramat sangat nak cari dan banyak alasan dia bagi tapi time senang sampai menyampah nampak muka dia... 
  • kawan yang sanggup bantu masa buat kerja-kerja gila untuk dapat manfaat sikit dari kerja gila tersebut, tapi tak sanggup terima risiko yang dihadapi bersama-sama...
  • kawan yang sanggup menunding jari kepada kita apabila dia dilanda kesusahan(kantoi apa2 la) dan menyalahkan kita dan tidak sanggup menerima risiko tersebut sendirian dan sanggup mengkantoikan kawan yang lain agar dia rasa puas hati kerana kawan2 yang lain pon menerima akibat yang sama sepertinya dan yang lagi teruk kawan yang menafikan kesalahannya tetapi menyalahkan kawannya...
( kalau ada sebarang kritikan, pandangan, atau pendapat sila komen dan dapat kita sama-sama memperbaiki kelemahan kita :D )

Bersambung........