Thursday 26 September 2013

KERJA OHHHH KERJAAAAA....

Lama sangat aku tak update blog aku ni... dah bersawang dah... aku bukan tak nak update, tapi sbuk sangat bila baru kerja ni... banyak benda yang aku kena belajar dan aku kena buat...aku tak dapat nak manage lagi pengurusan masa aku... jangan cakap pengurusan masa ja... pengurusan kewangan pun tak tentu hala lagi... tau tau hujung bulan duit gaji dah lincin... adoi...

Post kali ni aku nak cerita la pasal kerja... bila dah kerja kat sesuatu agensi nanti, anda akan tahu la jenis-jenis gred... Ada yang 17, 22,26,27,32,38,41,44,48,52 dan seterusnya hingga lah ke jusa A,B dan jusa C... yang gred bawah akan panggil orang yang gred atas dari dia bos dan lain-lain lagi...dan setiap jenis gred ni ada bermacam-macam jenis perangai manusia...ada yang dari gred bawah naik gred atas jadi sombong dan belagak dengan orang lain yang bawah dari dia... ada yang ponteng kerja... ada yang kerja ikut 'pungkoq' bos untuk naik pangkat... ada yang kerja 'kipas' bos untuk naik pangkat... ada yang gred tinggi tapi kerja x reti nak buat, lembab, pengurusan lemah... ada bos yang buli staff bawah dia dan macam-macam lagi la... jenuh aku nak list... hampa kerja nanti hampa tau la... hahaha...

Aku mula cerita aku kat sini, aku mula berkhidmat pada 14.1.2013... dan aku tergantung di sekitar kawasan tempat kerja aku selama hampir 7 bulan tanpa ada sebarang tugasan, kerja dari bos atasan sebab aku belum ada tempat kosong untuk dihantar belum kena posting la kiranya... pada bulan 7 yang lepas, aku dapat surat dan dihantar ke seksyen akuakultur dimana seksyen tu aku tak tahu langsung apa kerja yang aku perlu buat... tapi perlahan-lahan aku berlajar dari orang lama dan kerap bertanya pada orang bawahan untuk mendapatkan info tentang seksyen aku dan ilmu-ilmu yang perlu aku tahu bagi sksyen aku ni...

dah 2 bulan aku di seksyen akukultur dan aku semakin paham dengan tugas kerja aku... tapi belum paham sepenuhnya sebab banyak lagi benda yang perlu aku belajar.. maklum la... dulu masa belajar mana ada belajar subjek mengenai pengurusan, akaun, dan urusan pembelian seperti indent, sebut harga, invoice, LO dan macam-macam lagi... bila dah 2 bulan aku mula tau dah benda-benda ni semua... leceh sungguh...

tapi aku suka dengan seksyen aku ni... sebabnya banyak keluar kawasan buat pemantauan... tak da la duk memerap dalam ofis dari pagi sampai ke petang... aku dah mula kenal dengan agensi-agensi lain yang mana sangat peramah dan tidak kedekut ilmu... mereka la yang menjadi kaunter pertanyaan aku bila aku ada kemuskilan dan tak paham sesuatu...

nanti bila dah kerja, jangan malu bertanya dan jangan BODOH SOMBONG malu nak tanya bila tak tau sesuatu kepada orang bawahan... sedangkan orang bawah kita kadang ada yang kerja lagi lama dari kita dan lagi banyak ilmu mengenai bidang kerja kita... tapi jangan terkejut bila terjumpa orang yang bodoh sombong ni... betul... tak tipu... bila dah kerja rupanya ada bermacam-macam jenis orang... ada yang dah tua tapi perangai tak matang... ada yang baik dan ada yang nakal...

ada seorang staf kat tempat aku kerja... dia ni bos aku la... tapi mak ai... buat kerja bapak lambat gila... kadang menghilang tanpa kesan bila saat-saat genting seperti masa mesyarat... bila dia menghilang tanpa jejak dan kesan, jadi orang bawahan dia la yang terpaksa mengganti dia masuk mesyuarat tanpa sebarang preparation... memang jadi KAMBING HITAM lah!!! dan benda ni aku dah kena banyak kali dah.. mujur la semangat juang untuk bekerja masih lagi tinggi.. bersabar ja dengan kerenah orang... kadang bos-bos kita nu ada yang tak reti buat kerja... merapu ja pandai... lepas tu bapak pemalas... kadang kerja yang sepatutnya dia yang buat, dia suruh orang bawah dia pulak... tapi bukan semua la... ada yang bagus serius bagus... tip top... ada yang taik tu memang taik la.. aku yang tak pernah-pernah migrain bulih migrain bila pikir masalah kerja dan bercampur dengan masalah peribadi... sampai jem otak tak boleh nak pikir...hahahahaha

tapi apa-apa pun aku bersyukur la sebab dapat kerja... sekarang ni paham-paham la... punya susah nak dapat kerja... dan kerja kat tempat aku sekarang ni best.. sebab ada kawan baru yang dapat tolong aku ajar aku pasal kerja... 

nak cerita detail pun tak boleh... kalau detail memeng bulih buat buku la...hahaha... banyak benda aku nak cerita... tapi hari ni aku update untuk meluahkan apa yang aku dah lama nak update tapi tak terupdate...hehehe... nanti aku sambung lagi...chow...


Sunday 21 October 2012

KAWAN OHHH KAWAN...


                21.10.2012... pada tarikh tu barulah aku dapat rasa kawan yang dpt bercerita dapat ajak makan bersama... bersyukur sangat bila dapat kawan yang dapat lepak sama-sama... selama aku masuk ke universiti ni... aku rasa aku ni macam sebatang kara... aku hidup kesorangan walaupun ada kawan-kawan lama dari universiti sebelum ni...aku rasa aku ini bagai dipulau dan disisihkan... rasa macam tak da sapa yang hiraukan aku... kau sakit kau nazak kau susah itu kau pnya pasal lah... rasa sangat sedih bila kawan lama buat macam tak kenal aku... sumpah aku terasa... tapi pada 21.10, kawan baru yang muda dari aku msg ajak makan sekali... rasa berselera nak makan walaupun masa tu aku tak lapar lagi... sebab ada jugak orang sudi nk makan dengan aku nak lepak dengan aku... gembira bahagia bila ada yang nak lepak sekali... aku sangat berterima kasih padamu wahai kawan! J harap lepas ni kita dapat lepak makan sama-sama lagi walaupun kita berlainan kos... kepada kawan-kawan lama... jangan marah kenapa aku berubah... belajarlah untuk menerima diri aku yang telah banyak berubah... aku tahu aku ni bukannya budak baik... dulu x merokok sekarang merokok... tapi rokoklah kawan aku semasa aku tidak dipedulikan... rokok lah penemanku!... dan bila aku merokok semua kawan lama terkejut dengan perubahan aku... aku tak kesah apa tanggapan, apa yang ada dalam pikiran mu wahai kawan-kawan lama... harap terimalah aku seadanya... kepadamu wahai kawan baru... akanku jadikan mu sebagai semangat untuk aku berubah untuk menjadi insan yang lebih baik... akan aku belajar untuk berhenti berkawan dengan rokok yang nyata tiada manfaat dengan berkawan dengannya... harap kita dapat terus berkawan dan menjadi kawan yang rapat kawan yang susah senang bersama... terus terang aku katakan padamu yang aku benci, menyampah, meluat dengan kawan yang hanya perlukan aku bila kesusahan dan hilang bila sudah senang... jangan terkejut kalau aku terus tidak melayanmu...
(nukilan pabila diri tidak dapat memejamkan mata dan ayat pun mula berbunga-bunga dan makin merapu...hahahaha) 

Friday 5 October 2012

JAGA TEPI KAIN ORANG LAGI... PADAN MUKA HANG!!!



                Perkara ni baru ja berlaku kat aku kelmarin... dan aku dah belajar satu benda baru dalam hidup aku yang aku perlu ingat sampai bila-bila... Aku nak share ja kat semua orang... Sapa rasa berguna, guna la... rasa x berguna jangan guna... senang... hahaha... Kelmarin (05.10.2012) , tiba-tiba kawan aku ni yang aku boleh anggap macam kawan baik la, memang sporting yang boleh melawak (lembut/kasar) dengan dia ni tiba-tiba marah aku dan dia tak pernah marah aku sebelum ni... Terkejut, tersentak jugak aku rasa semalam... perasaan bersalah tu jangan cakap la... memang menyesal pon ada walaupon apa yang aku buat tu untuk kebaikan dia(bagi aku la)... tp masalah tu aku tak nak cerita la... keep it as a secret walaupon aku dah terbocorkannya... adoiii... bukan aku ni tak reti jaga rahsia Cuma bila dipikirkan benda tu macam kena bagitau and explain kat sorang lagi untuk mereka ni tak bermasam muka... miscommunication la katakan...
                Cerita dia macam ni... nak bagi mudah paham, kawan yang marah aku ni kita letak A, yang muka seposen tu B... A tanya aku, kenapa B tu tarik muka buat muka seposen muka macam ayam bertelur kt dia sedangkan kalau si B dengan aku dia ok ja boleh gelak terbahak2 sampai berkahak-kahak. Tapi dengan dia tak boleh pulak. Sebelum tu si B ni ada la buat luahan perasaan kat aku. Si B cerita pasal masalah dia apa dia rasa kat aku mntak pendapat pandangan. Aku pon bagi la pandangan aku nasihat kat dia... bla... bla.... bla... Bila si A tanya aku kenapa si B ni dia macam tu... sedangkan dulu dah 3 tahun 1 kos yang sama... bila sambung bacelor macam ni pulak... sepatutnya lagi rapat la kan... dah la dua dua membe aku... bagai telan mati mak, luah mati bapak... pak hanggg!!! Hahaha... lepas A tnya aku, aku pon cerita la kat A, cerita la yang baik2... B tu sebenarnya tak da niat nak buat macam tu cuma blaa.. bla... blaa..... A pon paham sebabnya...
                Yang silapnya aku ni, aku boleh p tegur si B ni yang boleh kata apa aku nasihat dia ni, dia akan pertimbangkan dan ikut la... tapi tak tau plk yang B ni jenis straight foward... B pon terus pegi mintak maaf secara terbuka dengan berani dan gagah tanpa menggunakan cara tersirat seperti memperbetulkan tingkahlakunya dengan menambah gula kemukanya agar kelihatan manis seperti lollipop apabila berhadapan dengan si A ni...
Bak kata pepatah, jangan jaga tepi kain orang, tekoyak kain orang tu, sendiri yang kena tanggung... Nak dijadikan cerita, bila si B p mintak maaf dekat si A, malam tu, si A terus meletus bagai gunung berapi boncit dan baru lepas makan nak tekentut terberak cirit... memang mencurah2 kaw2 kena kat aku... perghhhh... serius rasa besalah gila... menyesal gila... kalau la aku tau, memang aku xnk masuk campur. Dia marah aku cakap aku marah gila kat hang ni... aku pon tanya la A, pasai apa??? Dia pon cakap, tak payah tanya! Hang sendiri tau apa salah yang hang dah buat! (dengan pelat utara piang punya bak hang) hahaha... Aku pon tergamam seketika(ayat bajet macam nk tulis novel pulak), berpikir sejenak lalu terlintas difikiranku akan kesalahan yang telah aku lakukan. Setelah mengaku, terus dia boxing aku kaw2 dalam msg... pergh... lebam2 hati aku malam tu tak dapat tido... terus aku berpikir, lepas ni jangan nak SEBOK tolong orang selesaikan masalah orang... dia mintak tolong baru kita tolong... xpayah nak baik hati sangat... kang sia-sia ja boleh pantun sajak puisi makian amukan orang...hahaha... kepada kawan aku yang bernama Si A... mintak maaf banyak-banyak noh...

( kepada sapa2 yang baca tu, klu tak paham apa aku tulis, ignore ja... aku ni kadang2 mengarut ja lebih...hahaha)
Tu ja aku nk share untuk entry kali ni...
*Moral of the story, jangan nak sebok2 jaga tepi kain orang ka membe ka awek ka apa nak  tolong depa selesaikan masalah depa tanpa permission dari orang yang kita nak tolong tu... kang tak pasal2 jadi macam aku... telajak pelahu boleh diundoo... telajak tolong... NI MAKAN DIAAAA!!! –K BYE-
Yang benar,
-Cokok-

Thursday 30 August 2012

SEMANGAT BELAJAR YANG PUDAR

             Semakin hampir tarikh nak masuk U untuk sambung belajar...  Semakin risau aku sebab semangat aku nak belajar sekarang ni sangat-sangat pudar sampai nak buat medical check up pon malas gila... Barang pon beli yang simple-simple... Dulu masa awal-awal dapat sambung belajar punya la bersemangat... Sekarang ni ntah kemana hilang semangat nak sambung belajar aku tu... Mana tak nya...
  •           Dalam kepala otak ni asyik pikir nak cari kerja nk kerja ja...
  •           Lepas tu nak beli rumah kereta dll... almaklumlah, sekarang ni harga rumah makin mahal... sambung belajar belum tentu lepas habis nanti terus dapat kerja... HUTANG bersepah ada laaa...
  •           Bila dah besar ni, makin lama makin x suka nak bergantung kat mak pak, nk ja rasa hidup sendiri... cukup-cukup la susahkan mak pak kita kan... sebab tu la rasa nak kerja...
  •           Yang ni adalah salah satu punca yang sangat bagi aku tak bersemangat nak sambung belajar... sebabnya kos yang aku sambung tu banyak pulak budak yang aku anti sambung sama-sama kos dengan aku... HUH!!!
  •           Yuran pulak mahal... kena bayar sampai Rm 2+++... adoiii~~~
  •           Pikir  pasal ptptn lagi... kalau sambung maka bertambahlah hutang akuuuu.... makin bersepah la hutang lpas habis belajar niii... kerja belum tentu... dah la sekarang susah nak dapat kerja (mengikut kelulusan)...
  •           Pikir balik pasal belajar, alamak aiiii.... harap-harap dapat membe yang 1 kepala boleh share maklumat, asignment pon tak kedekut nak bagi pinjam untuk buat rujukan (padahal copy paste,edit and topup2 sikit2...kekeke... ;) )


Mudah-mudahan semangat untuk belajar aku  datang kembali... lepas tu mudah2an segala urusan dipermudahkan... Dapat kawan yang sekepala yang susah senang bersama... Mudah-mudahan... aminnn... 

Tuesday 21 August 2012

INGAT SENANG KA NAK CARI DUIT...!!!

Fuhhhhhh.... sebulan berpuasa ni separuh nyawa aku mencari duit.... bukan senang nak cari duit walaupun sepuluh sen... Tengok orang berniaga nampak macam senang ja... bukak kedai ada orang datang beli.... perghhhhh.... masyukkkk ja.... bulan puasa baru-baru ni aku p la meniagaa... mak aiiii.... macam-macam ragam pelanggan aku jmpa....hahahaaha... nk dapat jual brg pon susah... adoiiii.... dah la penat....duit x dt...moral down kot... dalam masa tu la aku berpikir.... rupa-rupanya bukan senang nak cari duit...masa kecik-kecik tau perabis duit ja...hahaha... sekarang ni baru la rasa betapa berharganya duit tu...

Kerenah pelangan memang macam-macam... kalau sapa-sapa yang dh pernah berniaga...memang dia tau... kadang naik geram kita dengan pelanggan kita... setakat ni kerenah pelanggan yang pernah aku jumpa la :


  • menawar gila-gila b*bi punya.... sekali menawar smpai separuh harga.... tekejut aku....
  • barang nak berkualiti, sedap(makanan), elok, dan murah... mana nak dapat makcik pakcik oiiii... padan dengan harga laaa...
  • menawar dengan bengis pon ada... senyum pon tak bak hang.... gila la... naik takut aku... time tu dia la tokey kedai.... dia la tntukn harga... aku iyakan ja....hahaha...
  • menawar dengan cara memaksa...makcik: brapa dik.... aku: rm60 kak... makcik: sekeping dah la dik (rm50)...aku: xdapat kak... paling last harga sy dpt bg rm55...makcik: (rm50 disuakan kepada saya)... aku: xblh kak... rm 55 ja paling last...makcik: akak tmbah lagi rm2 kira jadi la... aku: (fedup) ya la kak... blh la....(adoiiiiii)
  • menawar dengan cara ugut... dengan cara xblh bg murah xnak beli.... perghhhh... 
  • pelanggan yang berterus terang...dia x suka dia cakap dia xsuka depan-depan kita... (tergamam) hahaha
  • pelanggan yang bgtau dia dapat beli dengan harga lagi murah kt tempat lain barang yang sama macam kita...( rasa mcm tiba-tiba badan ni macam bertukar jadi tugu negara keras x terkata) adessss~~
Masa tu baru aku dapat rasa yang orang yang meniaga ni mempunyai hati yang kental cekal x mudah berputus asa... baru aku tau bukan mudah nak berniaga ni....kena tau banyak benda... bukan semudah buka susun barang dan jual.... kalau nak tau.... cuba-cuba la berniaga di pasar malam, ekspo dll...

Monday 16 April 2012

Buat Baik Berpada-Pada

Buat baik berpada-pada... pernah dengar tak pepatah ni???

           Bila aku fikir balik pepatah ni...ada betul dia... biasala...mcm biasa...aku akan bercerita mengenai pengalaman aku sendiri...tp tak tahu la betul ke tak apa yang aku lalui... benda tu dah terjadi dekat aku sekarang...bukan mnggu lepas, bukan bulan lepas bukan tahun lepas dan seterusnya...TAKKKK!!! ianya berlaku sekarang... dan aku sedang laluinya dengan penuh kesabaran...aisehhh... padahal dah nak memberontak dah jiwa dan raga ni...

           Niat awal-awal memang ikhlas nak tolong memandangkan aku pun tak ada kerja nak buat... bak kata orang...hulurkan tangan ringankan beban... PTUIHHHHHH!!! orang yang ditolong tu pon kena la faham bahasa sama...xkn la org nak tolong tiap masa...dia pon ada kerja nak buat...orang yang bagi bantuan kena kerah jadi mcm bibik dia pulak... 

           Aku nak bagi nasihat la kan...
  • pertama sekali, jangan nak bergantung harap sangat kat orang lain sebab sampai bila kita nak bergantung harap kat orang lain. kita kena la berdiri sendiri. semua orang ada kesusahan masing-masing.
  • yang baik yang bagi pertolongan, berpada-pada lah. berbuat baik kepada orang lain jangan sampai diri sendiri sengsara. berbuat baik ada batasnya...
  • tengoklah keadaan diri terlebih dahulu sebelum menolong orang lain...
  • jangan pernah merasa menyesal jika anda pernah merasa kebaikan anda dipergunakan hingga tidak mahu melakukan kebaikan lagi...
  • dan ada lagi nasihat tapi kepala otak aku tak dapat berfungsi dengan baik sekarang... agak stress... :'(
             Ingat...! aku menulis berdasarkan pengalaman diri aku...jangan ambik 100% dan fikir-fikirkan dengan kepala otak hampa bai buruk betul salah apa yang aku tulis ni...ok... :)

Saturday 14 April 2012

Luahan Hati...

Ya  Allah ... kemanakah perginya semangatku yang dulu yang berkobar-kobar untuk belajar...
kemanakah perginya semua semangat itu. Adakah kerana hambamu ini yang pemalas dan tidak mahu berusaha untuk mencari ilmu ATAU hambamu ini memang sudah tidak mempunyai minat untuk belajar lagi kerana pembelajaran pada masa kini hanya lah sekadar untuk lulus peperiksaan... adakah itu puncanya? ATAU hambamu ini memang tidak suka belajar  sesuatu perkara secara teori tetapi lebih minat dan bersemangat belajar sesuatu melalui pengalaman dan praktikal... Adakah kerana sebab-sebab ini Ya  Allah ... 

Ya Allah... berilah aku kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan berilah aku dapat mengharunginya dengan selamat dan berjaya... Berilah aku berjaya dalam segala bidang yang baik yakni yang tidak melanggari segala hukum-hukum yang telah Engkau tetapkan keatas hamba-hamba-Mu yang akan ku ceburi Ya Allah... Murahkan lah rezekiku, rezeki kedua ibu bapa ku, ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat... 

Ya Allah... berilah aku kekuatan, kesabaran dan tidak mudah berputus asa untuk berjaya dalam hidup ku ini Ya Allah... Engkau berilah aku petunjuk untuk berjaya dalam hidup ini... berilah apa yang dirancang untuk masa depan berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat diatasi dengan baik dan tenang...

-Belajar ATAU Kerja-
-Makan Gaji ATAU Buat Duit-