Saturday 14 April 2012

Luahan Hati...

Ya  Allah ... kemanakah perginya semangatku yang dulu yang berkobar-kobar untuk belajar...
kemanakah perginya semua semangat itu. Adakah kerana hambamu ini yang pemalas dan tidak mahu berusaha untuk mencari ilmu ATAU hambamu ini memang sudah tidak mempunyai minat untuk belajar lagi kerana pembelajaran pada masa kini hanya lah sekadar untuk lulus peperiksaan... adakah itu puncanya? ATAU hambamu ini memang tidak suka belajar  sesuatu perkara secara teori tetapi lebih minat dan bersemangat belajar sesuatu melalui pengalaman dan praktikal... Adakah kerana sebab-sebab ini Ya  Allah ... 

Ya Allah... berilah aku kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan berilah aku dapat mengharunginya dengan selamat dan berjaya... Berilah aku berjaya dalam segala bidang yang baik yakni yang tidak melanggari segala hukum-hukum yang telah Engkau tetapkan keatas hamba-hamba-Mu yang akan ku ceburi Ya Allah... Murahkan lah rezekiku, rezeki kedua ibu bapa ku, ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat... 

Ya Allah... berilah aku kekuatan, kesabaran dan tidak mudah berputus asa untuk berjaya dalam hidup ku ini Ya Allah... Engkau berilah aku petunjuk untuk berjaya dalam hidup ini... berilah apa yang dirancang untuk masa depan berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat diatasi dengan baik dan tenang...

-Belajar ATAU Kerja-
-Makan Gaji ATAU Buat Duit-

No comments:

Post a Comment