Tuesday 8 November 2011

Kawan Sejati VS Kawan Setahi...

Tetiba first entry rasa nak cerita pasal kawan memandangkan semua orang ada  kawan. Ada kawan dari sek rendah, ada sek menengah dan ada yang berkenalan secara kebetulan atau dibetulkan... Kawan kawan jugak, tapi bukan semua kawan boleh dijadikan kawan sehidup semati yang sejati yang sanggup susah senang bersama. Setelah aku perhati dan berdasarkan dari pengalaman aku sendiri, aku rasa kalau kita nak berkawan, berkawan la sebanyak dan seramai mungkin dan pada masa yang sama, berhati-hatilah semasa berkawan kerana ada kawan yang benar-benar nak berkawan dengan kita, ada jugak kawan yang ada niat lain untuk berkawan dengan kita sebagai contoh berkawan kerana duit, kerana kepentingan tertentu. Aku nk bg la tips2 nak tau mana satu kawan sejati mana satu kawan setahi...

Kawan Sejati



  • kawan yang bersama kita susah dan senang...
  • sanggup bekongsi wang dan masa bersama-sama...
  • membantu kawan-kawan semasa susah...
  • menjadi pendengar setia...
  • cuba untuk memberi bantuan apabila melihat kawan didalam kesusahan...
  • sanggup bersusah payah memerah otak membantu kawan-kawan yang kebuntuan idea untuk menyelesaikan masalah...
  • memahami kawan-kawan...
  • sentiasa mengingati kawan walaupun lama tidak berjumpa dan lama tidak berhubung(masej @ call & dll)...
  • menasihat kawan-kawan apabila kawan-kawan membuat perkara yang tidak baik dan tidak membiarkan kawan-kawan terbiar dan terus rosak...
  • sanggup berkongsi makanan bersama kawan-kawan walaupon makanan tersebut hanya sedikit...
  • kawan-kawan yang sanggup bersama-sama membuat kerja-kerja gila... (hahaha... aku pernah buat benda yang kamekaze dgn mmbe aku...mmg best! hahaha...credit to A dgn D)
  • sanggup berkongsi info-info yang ada bersama kawan-kawan...
  • kawan yang sanggup bekorban apabila terkantoi apa2 kesalahan yang telah MEREKA lakukan dan menanggung akibatnya SEORANG...dan kawan yang sejati kawan yang sanggup sama-sama mengaku kesalahan mereka walaupon dia tak kantoi lagi dan bersama-sama kawannya menerima hukuman...(susah ooo nak cari kawan macam ni...aku pon baru jumpa kawan yang macam ni...bersyukur sangat2)
  • sanggup memberi kawan-kawan meniru jawapan sendiri dan membantu kawan-kawan semasa exam...hahahahaha.... bak kata pepatah... bersatu teguh bercerai roboh...kawan yang macam ni bagus sebab sanggup sama-sama berjaya dengan kawan-kawan yang lain...LOL...hahaha... :D
Jadi carilah kawan yang mcm ni untuk kebahagiaan anda....hahahaha... (p/s: ada yang boleh pakai ada yang tak boleh pakai tips-tips kat blog aku ni...)


Kawan Setahi 



Kawan setahi pula kalau nak kenal pasti senang ja... kalau hampa kawan dengan depa ni, perhati perangai depa... banyak dah yang aku jumpa kawan setahi ni...antaranya :

  • apabila makhluk Tuhan tersebut dalam kesusahan, dia akan mencari kita dan meminta bantuan dari kita...
  • apabila kita sedang senang muka-muka mereka kerap kali kelihatan hingga naik menyampah dilihat...
  • apabila dia mempunyai hajat terhadap kita, dia akan mendampingi kita seolah-olah sanggup bersusah senang bersama-sama kita... Puiiiiii laaa.... orang yang macam ni...
  • tetiba tengok telefon keluar nama dia call kita pas tu buat-buat tanya khabar dan terus meminta bantuan...cuba la tolong orang-orang yang macam ni...lapas tu hampa try kol depa ni pulak mintak tolong... klu depa tolong tu memang kawan sejati la...
  • kawan yang kedekut harta benda dengan kita sedangkan barang-barang kita dia bedal ikut suka suki mak bapak dia ja...
  • kawan yang kedekut ilmu dan kedekut idea dengan kawan-kawan yang lain...
  • kawan yang depan macam bidadari belakang dia macam syaitan... depan kita pijak semut tak mati belakang kita tikam pakai senapang yang ada pisau sekali dengan tembak-tembak lagi kutuk segala...hipokrit...!!!
  • kawan yang time susah dia susah yang teramat sangat nak cari dan banyak alasan dia bagi tapi time senang sampai menyampah nampak muka dia... 
  • kawan yang sanggup bantu masa buat kerja-kerja gila untuk dapat manfaat sikit dari kerja gila tersebut, tapi tak sanggup terima risiko yang dihadapi bersama-sama...
  • kawan yang sanggup menunding jari kepada kita apabila dia dilanda kesusahan(kantoi apa2 la) dan menyalahkan kita dan tidak sanggup menerima risiko tersebut sendirian dan sanggup mengkantoikan kawan yang lain agar dia rasa puas hati kerana kawan2 yang lain pon menerima akibat yang sama sepertinya dan yang lagi teruk kawan yang menafikan kesalahannya tetapi menyalahkan kawannya...
( kalau ada sebarang kritikan, pandangan, atau pendapat sila komen dan dapat kita sama-sama memperbaiki kelemahan kita :D )

Bersambung........

3 comments:

  1. kawan bermacam kawan...[nyanyie gaye lagu ayam jalil hamid] wakakakakkaa

    ReplyDelete
  2. antara kawan setahi aku engkau la lentik....muhahahahaa!!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha....aku bukan setahi...aku bertahi tahi..hahahahhaa

    ReplyDelete