Sunday 21 October 2012

KAWAN OHHH KAWAN...


                21.10.2012... pada tarikh tu barulah aku dapat rasa kawan yang dpt bercerita dapat ajak makan bersama... bersyukur sangat bila dapat kawan yang dapat lepak sama-sama... selama aku masuk ke universiti ni... aku rasa aku ni macam sebatang kara... aku hidup kesorangan walaupun ada kawan-kawan lama dari universiti sebelum ni...aku rasa aku ini bagai dipulau dan disisihkan... rasa macam tak da sapa yang hiraukan aku... kau sakit kau nazak kau susah itu kau pnya pasal lah... rasa sangat sedih bila kawan lama buat macam tak kenal aku... sumpah aku terasa... tapi pada 21.10, kawan baru yang muda dari aku msg ajak makan sekali... rasa berselera nak makan walaupun masa tu aku tak lapar lagi... sebab ada jugak orang sudi nk makan dengan aku nak lepak dengan aku... gembira bahagia bila ada yang nak lepak sekali... aku sangat berterima kasih padamu wahai kawan! J harap lepas ni kita dapat lepak makan sama-sama lagi walaupun kita berlainan kos... kepada kawan-kawan lama... jangan marah kenapa aku berubah... belajarlah untuk menerima diri aku yang telah banyak berubah... aku tahu aku ni bukannya budak baik... dulu x merokok sekarang merokok... tapi rokoklah kawan aku semasa aku tidak dipedulikan... rokok lah penemanku!... dan bila aku merokok semua kawan lama terkejut dengan perubahan aku... aku tak kesah apa tanggapan, apa yang ada dalam pikiran mu wahai kawan-kawan lama... harap terimalah aku seadanya... kepadamu wahai kawan baru... akanku jadikan mu sebagai semangat untuk aku berubah untuk menjadi insan yang lebih baik... akan aku belajar untuk berhenti berkawan dengan rokok yang nyata tiada manfaat dengan berkawan dengannya... harap kita dapat terus berkawan dan menjadi kawan yang rapat kawan yang susah senang bersama... terus terang aku katakan padamu yang aku benci, menyampah, meluat dengan kawan yang hanya perlukan aku bila kesusahan dan hilang bila sudah senang... jangan terkejut kalau aku terus tidak melayanmu...
(nukilan pabila diri tidak dapat memejamkan mata dan ayat pun mula berbunga-bunga dan makin merapu...hahahaha) 

No comments:

Post a Comment