Friday 2 December 2011

KAWAN YANG BAIK VS KAWAN YANG NAKAL

Harini aku nk cerita pasal perbezaan berkawan dengan kawan yang baik-baik dan pandai-pandai dan kawan yang rock-rock, otai-otai, nakal-nakal dan mereng-mereng... hampa smua tau x perbezaan antara dua kategori ni??? Aku nak cerita sikit la kat hampa semua perbezaan antara dua kategori ni setakat mana yang aku tau ja la noh... mai rapat sikit tngok list kt bawah ni...

Kawan yang baik dan pandai
  • ·      Kawan nerd, baik, pandai dan lain-lain lagi yang sama waktu dengannya sangat mementingkan kesempurnaan dimana bagi yang berkenalan dengan mereka-mereka ini di zaman Universiti, mereka-mereka ini mementingkan kesempurnaan dimana report mau baik punya. Kalau boleh nak full mark selalu. Begitu juga kepada kerja presentation dan tugasan lain. (kebanyakannya lah)
  • ·       Agak cerewet dalam hal-hal pembelajaran seperti dalam pemilihan ahli kumpulan bagi sesuatu subjek.
  • ·       Kebanyakannya agak mementingkan diri. Sebagai contoh pentingkan diri apabila mendapat info-info terbaru dan terbaik seperti spot soalan test dan lain-lain dan tidak memberitahu kawan-kawan yang lain.
  • ·       Tidak membenarkan membe membe “check spelling” report dan tugasan-tugasan yang telah dia lakukan dan akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelak seboleh-bolehnya daripada membe-membe melihat report atau tugasannya.
  • ·   Kebanyakan daripada mereka kekurangan sifat prihatin di dalam diri dimana mereka ini tidak prihatin kepada keadaan sekeliling mereka.
  • ·      Lebih suka meluangkan masa berborak dan berceloteh bersama buku-buku dan nota-nota berbanding bersama rakan-rakan.
  • ·        Kebanyakannya kedekut ilmu dan kebanyakannya suka study sendiri berbanding study bersama membe-membe.
  • ·        Suka memperlekehkan orang yang kurang bijak dan budak-budak nakal.
  • ·    Selalu merasakan diri mereka selalu betul dan tidak sedar akan kesalahan diri sendiri.
  • ·        Sangat tidak enjoy bersama mereka. LOL...
  • ·         Akan mendapat hypertension apabila satu group bersama mereka.
  • ·         Kebanyakannya hanya hebat dalam teori dan fakta.


Kawan yang nakal dan AGAK benggong...lol... :D
  • ·         Mereka selalu riang dan gembira.
  • ·         Tidak cerewet dalam memilih ahli kumpulan.
  • ·         Tidak kesah mengenai markah report dan menerima seadanya.
  • ·         Susah senang, pahit manis, suka dan duka bersama-sama.
  • ·      Prihatin terhadap membe-membe dan dengan senang hati mahu menghulurkan bantuan. (bukan semua la. Ini berdasarkan apa yang aku lalui)
  • ·        Mempunyai banyak kenangan manis yang sukar dilupakan bersama-sama mereka.
  • ·   Memang malas belajar... x dapat dinafikan... sama la macam aku ni... malas belajar... :D
  • ·      Jarang tension dan kebiasaannya mereka ini happy go lucky dan boleh dikatakan selalu enjoy.
  • ·         Lecturer akan selalu "MARK" mereka-mereka ini...haha
  • ·       Jarang serius dalam banyak hal... tetapi sekali serius, memang betul-betul serius.
  • ·         Tidak berkira tenaga...
  • ·         Mementingkan persahabatan...
  • ·         Menerima baik buruk membe-membe...
  • ·         Memang malas pi kelas...haha... aku pon 2x5 jugak la...haha
  • · Suka mengusik kawan-kawan lain. Kira macam suka pekena orang la...sabotaj...haha...
  • ·        Boleh buat report bersama-sama sambil bertukar-tukar idea walaupon idea yang diberikan kebanyakannya TIDAK BOLEH PAKAI.... hahahahahaha...!!!
  • ·         Sentiasa roger membe-membe tak kira cuti atau x...


Rasanya cukup la kot aku listkan perbezaan antara dua jenis kategori ni. Tapi ingat, semua list ni bukannya betul sangat pon. Sebab aku tulis perbezaan ni berdasarkan dari pandangan dan pengalaman hidup aku. Kadang pandangan setiap manusia berbeza-beza dan pengalaman mereka juga berbeza-beza. Jadi yang mana hampa rasa point-point aku list berguna, maka berguna lah ia. Sekiranya tidak, maka tidak berguna la jadinya...haha... sekian... (habis merapu dah) :D

1 comment:

  1. semua ni berdasarkan pengalaman aku... apa yang aku lalui...x semua kawan yang baik pentingkan kesempurnaan...ada jugak yg x pentingkan kesempurnaan...keyhhh... kawan anda x semestinya sama seperti kawan2 aku...aku pon ada jugak kawan yang baik tapi dia x pentingkan kesempurnaan dan hanya bnyk bersyukur dengan apa yang dia ada... :)

    ReplyDelete