Monday 19 December 2011

Meneutralkan tension??? How?

Semenjak dua menjak ni aku rasa mcm ada ja yang x kena dengan diri aku... mcm ada benda yang sangat membebankan dalam kepala otak-otak(otak kanan dengan otak kiri = otak-otak) aku ni... Antara cara aku meneutralkan tension/stress aku tak pun aku nak lupakan masalah aku adalah :

  • Menjerit, melalak, atau apa-apa cara yang menghasilkan volume suara yang kuat hingga urat-urat di kepala dan dahi timbul-timbul dan mengakibatkan kebisingan yang terlampau (ayat agak hiperbola). Antara ayat yang selalu keluar adalah :

- benggonggg~~~!!!,
- bangganggg~~~!!!,
- ramli~~~!!! (bukan nama sebenar dan pangil member makan sama-sama),
- fakriiii~~!!! (pun bukan nama sebenar, motif sebab kejut bangun pagi dgn pi kelas),
- arghhhhhhhh~~~!!! (selalu guna yang ni), dan banyak lagi la... lepas melalak ni dapat la lepaskan stress skit sebab masa menjerit tu dalam kepala otak-otak ni seketika tidak memikirkan masalah...

  • Selain menjerit, aku suka jugak lepaskan stress dan nak lupakan masalah seketika dengan buat kerja-kerja “part time”, sebagai contoh aku pi harvest ladang mak bapak laki tiri nenek moyang sapa ntah yang ada dekat dalam U aku ni... bukan apa, klu aku x harvest, nanti haiwan-haiwan yang nakal-nakal macam aku pulak yang bedal. Dari makhluk-makhluk tu bedal, baik aku bedal...xgitu...(alasan mau style)...


  • Aku ni banggang jugak la. Bodo pon ada jugak... Cuma x banyak la...( =,=’ ) kadang datang angin bodo banggang aku ni, aku main lepas ja geram marah aku bila dah x blh nak kawal marah... Selalunya aku jado diam, tak berapa bercakap, muka ketat macam seluar fit, lepas tu kira nak maki orang dengan duduk dalam bilik mengamuk sorang-sorang tumbuk apa yang aku boleh tumbuk macam almari tu selalu la jadi mangsa aku, meja, papan note yang kita tampal-tampal jadual ke apa, dengan pintu... Kesian kat depa ni semua, haram x buat apa-apa kesalahan, tapi depa menjadi mangsa... (mintak maaf pintu, meja, almari, papan note dan lain-lain...huhu)... Hasil dari cara ni, pertama sekali anda akan merasa sakit di bahagian tangan dan kadang-kadang boleh nampak la kesan lebam, bengkak kat tangan dan kesudahannya, stress dan masalah dilupakan seketika kerana sakit dan geram dapat dilepaskan... (p/s : don’t try this at home)...


  • Cara yang berkesan la setakat ni, bagi aku la, dengan bermain rugby... Serius bak hanggg~ bab tu aku yang kemetot ni main rugby, sebab bagi aku rugby dapat kurangkan stress aku... Mana x nya, tackle orang x kira besaq kecik... Sakit memang sakit, tapi best!!! Rugby is the best!!!


  • Tengok cerita lawak macam maharaja lawak pun dapat kurangkan stress aku. Tapi aku selalu guna teknik ni time aku duk boleh kawal lagi la... belum jadi Dr. Jekyll & Mr. Hyde lagi la...


  • Kadang aku suka jugak hempas-hempas barang, lempar-lempar barang sekuat hati(habis riang bak kata orang kedah) baling habih riang la crita dia sambil menjerit arghhhhh~~~!!! Tapi teknik ni sesuai bila barang yang dilempar tu barang yang tak berapa berharga la... macam iPhone4 ka... Samsung Galaxy S2 ka... tp kompem la barang tu memang akan dilempar buat kali kedua kedalam tong sampah pulak...Kompem! haha...


  • Cara yang ni jarang berlaku bak kata nujum yang dalam cerita nujum pak belalang tu “ kaddang-kaddang” dimana cara ni aku lepaskan amukan aku dengan cara mengemas, membasuh dan lain-lain kerja yang bermanfaat...haha... akhirnya ada jugak cara nak lepaskan marah yang bermanfaat...


  • Cara yang ni pulak kadang-kadang dapat menyakitkan hati orang. Caranya adalah dengan mendengar lagu mengunakan earfon dan menyanyi sesuka hati sesumbang mungkin asal dapat lupakan masalah...aku baru ja apply cara ni... hilang terus sakit kepala aku...hahaha... tp aku syorkan buat dalam bilik la sebab nanti tak pasal-pasal kena boo~ suara “merdu” la katakan~


  • Cara ni aku x pernah cuba cuma hampir-hampir la... Cara ni memerlukan modal sikit... Dimana duit diperlukan untuk membeli barang-barang “fogging mulut” seperti Dunhill, Marlboro dan lain-lain lagi... Setelah disoal selidik, ramai penggemar “fogging mulut” menyatakan bahawa cara ini sangat berkesan... selain itu, cara ini menghasilkan multifunction dimana anda dapat melepaskan tension sambil menghalau nyamuk(aku rasa bkn nyamuk ja, sekali dengan aku terhalau)...


  • Cara ni pulak aku rasa spatutnya aku listkan dia dekat list first tapi memandangkan aku ni bukannya baik sangat, dan selepas bermuhasabah, aku rasa aku semakin tak baik sangat-sangat(ada 2x sangat) dan aku tak berapa amalkan cara ni, jadi aku harap x da masalah kot aku listkan kt bawah. Cara ni adalah dengan mengambil wudhu’ atau wuduk. Kalau tak, cuba buat solat sunat ka... Alang-alang dah ada wudhu kan... Serius dapat menenangkan hati. Tapi aku tak tau la awat aku jarang buat cara ni. Mungkin sebab aku ni mengamuk men lepas ka atau ada sebab lain(seperti bengap, bangang dll)...


Aku rasa cukup kot aku listkan cara nak lepaskan stress, tension, geram dan lain-lain lagi untuk entry kali ni... Tapi ingat, yang baik kita ikut, yang tak baik jangan kita ikut... Disebabkan aku ni x "berapa" baik orangnya, jadi cara lepas tension aku pon x "berapa" baik jugak la dan jangan nak ikut pulak! Paham!!! Ada cara baru... Sila lihat gambar di bawah...


No comments:

Post a Comment